~ LIYANA ARASY ~

NLS HERE

Hai Welcome Here


" I would rather wear flowers in my hair than diamonds around my neck "

We can chatting here





#8 - Tak Tahu Tajuk -}
Tuesday, 28 May 2013 | 01:50 | 0Comment


Tak tau tajuk ! Haha . Aku peduli apa . Nak update jugak . Blog aku , suka hati laa . Waaa , garang ni . Macam singa betina comel . *perasan*

  • Bila seorang perempuan mengatakan dia sedang bersedih , tetapi dia tidak menitiskan air mata , itu bermakna dia sedang menangis dalam hati .
  • Bila dia tidak menghiraukan awak selepas awak menyakiti hati nya , lebih baik awak beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum awak menegur dengan ucapan maaf .
  • Perempuan sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang - (sebab itu ramai yang patah hati bila hubungan putus di tengah jalan ) .
  • Sekiranya seorang perempuan jatuh cinta dengan seorang lelaki , lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain .
  • Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung ke dalam matanya , dia akan cair seperti coklat ! 
  • Perempuan memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu macam mana nak menerima pujian itu .
  • Jika awak tidak suka dengan gadis yang sukakan awak separuh mati , tolak cintanya dengan lembut , jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri seorang perempuan yang awak tak akan tahu bila dia dah buat keputusan , dia akan lakukan apa saja .
  • Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri dari awak selepas awak tolak cintanya , biarkan dia untuk seketika . Sekiranya awak ingin menganggap dia sebagai kawan , cuba lah tegur dia perlahan - lahan .
  • Perempuan suka meluahkan apa yang mereka rasa . Muzik , puisi , lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka .
  • Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna .
  • Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood seorang perempuan .
  • Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif . Misalnya menghubunginya melalui telefon , si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah - olah tidak berminat , tetapi sebaik saja ganggang diletakkan , dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit , semua rakan - rakannya akan tahu berita tersebut .
  • Senyuman memberi seribu erti bagi perempuan . Jadi jangan senyum sebarangan .
  • Jika awak menyukai seorang perempuan , cubalah mulakan dengan persahabatan . Kemudian biarkan dia mengenali awak dengan lebih mendalam .
  • Jika seorang perempuan memberi seribu satu alasan setiap kali di ajak keluar , tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat dengan awak . Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungi atau menunggu panggilan dari awak , teruskan usaha awak untuk memikatnya .
  • Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya . Tanya dia sendiri !
  • Selepas seorang gadis jatuh cinta , dia akan sering tertanya - tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal .
  • Kalau awak masih tercari - cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis , cubalah rajin - rajinkan tangan menyelak buku - buku cinta .
  • Bila setiap kali gambar kelas keluar , benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya , kemudian barulah dirinya sendiri .
  • Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya !
  • Satu ucapan 'Hai ' sahaja sudah cukup menceriakan harinya .
  • Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui .
  • Perempuan paling benci lelaki yang berbaik - baik dengan mereka semata - mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik .
  • Cinta bermaksud kesetiaan , ambil berat , jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi .
  • Semua perempuan mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati .
  • Senjata perempuan adalah airmata !
  • Perempuan suka jika sesekali orang yang disayanginya membuat surprise buatnya ( hadiah , bunga , coklat atau sekadar kad ucapan romantis ) . Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati . Dengan ini dia tak akan ragu - ragu terhadap awak .
  • Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya . So , kalau nak memikat perempuan pandai - pandailah.