~ LIYANA ARASY ~

NLS HERE

Hai Welcome Here


" I would rather wear flowers in my hair than diamonds around my neck "

We can chatting here





#18 - Abang , Doakan Rumah Tangga Kita Sampai Syurga 2 -}
Monday, 17 June 2013 | 06:27 | 0Comment


Abang , doakan rumah tangga kita sampai syurga :')
( #2 )





Aiman duduk di birai katil dengan mata memandang Syahirah yang tengah mengemas bajunya ke dalam bagasi .
“ Lamanya abang pergi .. ” Aiman tersedar .

“ Hmm , seminggu je . ”

Ya , dia kata dengan Syahirah ada urusan kerja sebenarnya dia mahu ke pondok agama untuk belajar agama dengan ustaz yang dia jumpa sewaktu di surau kelmarin .

Rasanya dia perlu berubah . Sampai bila dia nak mengelak untuk menjadi imam dalam keluarganya . Sampai bila dia nak terus jahil . Sampai bila dia nak membiarkan isterinya keseorangan tanpa bimbingan seorang suami . Sampai bila dia nak terus hipoktrik mengikut Syahirah ke surau tetapi tak tahu apa - apa . Sudah tiba waktunya dia berubah !
“ Seminggu tu lama tau .. ” lirih Syahirah .
“ Pejam celik - pejam celik sekejap je tu .. ”
“ Kalau pejam tak celik - celik ? ” tersentak Aiman apabila mendengar ucapan isterinya itu . Sudah , rasa berat pula dia nak tinggalkan si Syahirah ni . Aiman memandang Syahirah .
“ Apa awak cakap ni .. ” lembut dan ada nada risau di situ .
Syahirah ketawa halus . “ Gurau je lah . Abang ni cepat betul sentap . ”
Aiman diam . “ Tak yah lah kemas beriya - iya . Nanti yang lain saya kemas . ”
Isterinya tarik muncung . “ Tak mau lah , nanti kurang pahala . ”

*************************
Sudah dua hari Aiman di pondok agama itu . Memang air matanya di situ asyik mengalir sahaja . Teringat dosa lampau yang pernah di buat . Ya Allah … banyaknya dosa hamba . Selesai solat berjemaah dengan rakan - rakan di pondok , dia menelefon isterinya . Salam berbalas .
“ Awak sihat ? ” Aiman duduk di tangga surau papan itu .
Syahirah bersuara riang . “ Alhamdulillah sihat . Abang tak rindu saya ke ? Dah masuk hari kedua baru nak call ? Abang tahu tak saya bosan duduk rumah sorang - sorang ? Saya dah dua hari tak sembahyang jemaah tau ? ” Aiman hanya senyum mendengar coleteh si isteri .
“ ..ha , lagi satu abah kata abang mana ada kerja luar , baik abang cakap abang pergi mana ? ” tiba - tiba suara Syahirah bertukar sebak . “..saya tahu , saya bukan sapa - sapa dekat abang , tapi tak patut abang tipu saya .. ” air mata Syahirah mengalir .
Aiman terdiam . Syahirah juga diam . Terkejut Aiman tiba - tiba terdengar esakkan .
“ Awak nangis ke ? ” Diam lagi .
“ Awak , saya … ”
Syahirah memintas . “ Tak apa . Saya faham . ” Air matanya di seka .
“  Abang sihat tak ? ”
“ Alhamdulillah sihat . ” Diam .
“ Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al - Mulk ” pesan Syahirah .
“ Baik sayang . ” Terdiam Syahirah .
Aiman senyum je . “ Lagi ? ”
“ Er . Abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur .. ” Aiman ketawa .
“ Next ? ”
“ Kalau terjaga pukul dua tiga pagi , solat tahajut .. ” Aiman hanya mengangguk .
“ Lagi ? ”
“ Selalu beristigfar ”
“ Okay . Lagi ? ”
“ Ingat Allah dalam setiap perbuatan . ”
“ Alright , next ? ”
“ Sentiasa berselawat . ”
“ Okay .”
“ Abang ni last . ”
“ Apa dia tu ? ” soal Aiman lembut .
“ Doakan rumah tangga kita sampai syurga . ” Aiman senyap sekejap .
“ Sure . ”

*********************
Dari jauh Aiman telah nampak senyuman isterinya di hadapan pintu . Selesai membayar tambang teksi Aiman mengheret bagasi berodanya . Syahirah telah pun keluar menyambutnya siap bertudung . Mereka bersalaman .
“ Assalammualaikum , awak . ” Sapa Aiman .
“ Waalaikumsalam , abang . ” Nada ceria . Syahirah bersalaman dengan Aiman . Terpegun juga dia melihat Aiman yang hanya bertshirt kolar dan berseluar slack serta berkopiah ( mungkin Aiman tak perasan ) .
Wajah Aiman seolah ada sinar keimanan . Sangat tenang ! Aiman perasan isterinya memerhatikannya .
“ Er .. Awak pandang apa ? ” Syahirah tersentak .
“ Eh , tak .. Abang nampak lain . ”
“ Apa yang lain ? ” Aiman memandang dirinya dan baru perasan akan kopiah di kepalanya .
“ Oh ..” jawab Aiman dan menarik kopiahnya .
“ Jom masuk . ” Mereka beriringan ke ruang tamu . Aiman telah pun duduk di sofa sementara Syahirah pergi membuat air di dapur . Mata Aiman menebar ke seluruh ruang tamu . Kemas dan bersih .
Walaupun rumah itu kecil tetapi sangat selesa . Entah . Dulu tinggal dekat villa abah tak pernah rasa selesa dan tenang .
“ Abang nah .. ” lembut Syahirah menghulurkan gelas itu pada suaminya .
Aiman menyambut . “ Thanks . ”
“ Abang , nak tahu tak ? ” dia duduk bawah melutut depan Aiman yang duduk di sofa itu .
“ Hmm ? ” Aiman merenung Syahirah . Dia sudah faham dengan sikap Syahirah yang peramah dan banyak cakap ini . Kadang - kadang macam budak - budak .
“ Ada sinetron baru tau . ” Berkerut dahi Aiman .
“  Oh , apa benda tu ? ”
“ Apalah abang ni . Itu cerita drama bersiri Indonesia . Tajuknya Cinta Fitri . ”
“ Oh .. ” gelas di letak di atas meja .
“ Kenapa dengan cerita tu ? ”
“ Best . ” Syahirah senyum hingga nampak lesung pipitnya . Comel !
Walaupun penat Aiman masih lagi melayan . “ Apa yang best ? ”
“Lagu . ”
Ek .. “ Oh .. jalan cerita tak best ? ” Sungguh , ini baru pertama kali dalam hidup Aiman berbual mengenai drama Indonesia .
“ Best jugak tapi sedih . ”
“ Kenapa ? ”
“ Entah . Abang nak dengar lagu tema cerita tu ? ”
“ Lagu apa ? ”
“ Tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar . ” Syahirah mengambil mp3 nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga .
Aiman hanya memerhati .
“ .. Haa , nah .. ” dia menghulurkan earphone pada Aiman .
“ Hm , awak ambil satu .. ” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya . “ Er .. Kita dengar sesama .. ” teragap - gagap Aiman .  “ Ok . ” .
( klik butang play pada player diatas )
Ceria Syahirah menyambut earphone itu . Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya . Mudah untuk dengar mp3 itu .
- Inilah aku apa adanya Yang ingin membuatmu bahagia Maafkan bila ku tak sempurna Sesempurna cintaku padamu -
“ Saya baru download tadi .. ” Syahirah senyum . Aiman turut senyum .
Sungguh dia tak pernah buat benda luar alam untuk melayan lagu dari seberang . Ini cintaku apa adanya Yang ingin selalu di sampingmu Ku tahu semua tiada yang sempurna Di bawah kolong langit ini .
“ Abang kita jadikan lagu kita nak ? ” Aiman diam seketika .
Huh , lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar . Tak tahu kenapa .
“ Hmmm . ”
- Jalan kita masih panjang Ku ingin kau selalu disini Biar cinta kita tumbuh harum mewangi Dan dunia menjadi saksinya Untuk apa kita membuang-buang waktu Dengan kata kata perpisahan -
Kedua - dua mereka melayan perasaan dengan lagu itu . Tanpa di sedari Aiman telah melatakkan tangannya di bahu sofa dan spontan menarik isterinya ke dalam pelukkannya . Khusyuk melayan lagu .
- Demi cinta kita aku akan menjaga Cinta kita yg telah kita bina Walau hari terus berganti hari lagi Cinta kita abadi selamanya… -
.
.
Aiman tersentak apabila terdengar azan . Pantas dia menarik earphone itu . Dia menoleh ke kiri . Syahirah dah tidur .
“ Eeerr .. Awak … ” Aiman cuba mengejutkan isterinya lagi .
“ Awak … Bangun . Dah azan Asar ni .. ” Syahirah bangun dengan mengosok matanya .
“ Abang saya ABC la . Abang solat lah .. ” Aiman pelik . Apa benda pula dia nak ABC ni .
“ Awak , dah Asar . Kalau nak makan ABC jap lagi kita keluar . ” Syahirah memandang Aiman .
“ Allah Bagi Cuti . Sakit perempuan . ” Aiman teragak - agak.
“ Oh .. Haa . Okay . Saya solat dulu . ”
Aiman telah pun bangun untuk menuju ke bilik .
“ Abang . ”
Langkah Aiman mati . Dia menoleh .
“ Doakan rumah tangga kita sampai syurga . ” Syahirah senyum dan gaya menadah tangan .
“ Sure . ”
.
***********************
“ Abang , saya nak cari buku masak .. ” Aiman hanya mengangguk dengan tangannya yang ada dua beg kertas barang yang dia beli dan Syahirah beli tadi .
“ Nanti jumpa abang dekat kaunter lah . ” Kata Syahirah lagi dan terus berlalu . Aiman hanya senyum dan menghantar dengan pandangan mata . Aiman berjalan ke buku - buku Islamik . Terdetik hatinya tafsir Al - Quran . Aiman pergi ke kaunter pertanyaan dalam kedai buku itu .
“ Ada boleh saya bantu encik ? ”
“ Hm , ada tafsir tak ? Hmm .. Tafsir Al - Quran ? ”
“ Maaf encik tiada stok . ” Aiman senyum paksa .
“ Okay . Thanks . ” Kenapa tiba - tiba rasa sebak ni .
Tiba - tiba , Syahirah datang .
“ Abang tak beli apa - apa ? ”
“ Tak . Awak dah jumpa buku ? ” Syahirah senyum dan menunjukkan buku itu pada Aiman .
“ Tadaaa … Nanti kita try dekat rumah okey ? ”
“ Okay . ” Aiman membayar buku itu . Sewaktu mereka telah keluar dari kedai buku itu . Pekerja kedai buku itu berbisik .
“ Wah , romantiknya mereka ! ”
“ Tahu tak apa . Untungkan wanita itu dapat suami yang punya lah handsome dan baik ! ”
“ Mana kau tahu baik ? ”
“ Tadi dia nak beli tafsir Al - Quran . ”
“ Oh , memang padanlah . Perempuan itu pun alim je . ”
“ Sweet kan . Suami dia just pakai t - shirt berkolar dan seluar slack , isterinya just pakai baju kurung dengan tudung labuh . Baju dorang warna match . Jalan pegang tangan . ”
“ Superb ! Romantic ! ”
“ Betul - betul . ”
.
*************************
Aiman sibuk membuat kerjanya di ruang tamu . Lama dia bercuti selepas pergi ke pondok hari itu . Justeru , banyak kerja yang perlu di lakukan .
“ Abang .. ” sapa Syahirah manja .
Aiman senyum . “ Kenapa ? ”
“ Nah .. ” Syahirah menunjukkan sesuatu pada Aiman . Aiman mengambil dan berfikir .
“ Birthday saya rasanya belum lagi .. ”
“ Abang buka lah dulu . Saya dah ngantok . Jangan tidur lewat - lewat tau . Nanti dah masuk bilik tolong perlahankan air - cond . Night abang . Assalammualaikum . ” Syahirah nampak penat . Mana tidaknya sehari suntuk berjalan .
Setelah Syahirah masuk ke bilik . Perlahan - lahan Aiman membuka balutan itu .
“s= SubhanaALLAH , tafsir Al - Quran .. ” terasa macam nak mengalir air mata Aiman .
‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu.
Aiman turn off laptopnya . Kertas - kertas yang bertaburan di perkemaskan . Setelah selesai berkemas bahan - bahan kerjanya Aiman mengambil tafsir itu dan masuk ke bilik . Samar - samar . Hanya lampu di sisi katil sahaja yang menyala . Dia lihat Syahirah sudah lena tidur .
Mungkin penat sanga t. Aiman senyum . Dia meletakkan tafsir itu di atas meja make - up . Seluar di lipat . Aiman menuju ke tandas . Dia perlu melakukan sujud syukur kerana dia memang beriya - iya hendakkan tafsir Al - Quran itu . Sewaktu pekerja kedai itu mengatakan sudah habis stok dia seakan kecewa teramat , entah . Tidak tahu kenapa perasaan itu timbul . Sungguhlah kemanisan iman itu sungguh manis . 
*******************
Bersambung .. ( Akulah Penghibur )