~ LIYANA ARASY ~

NLS HERE

Hai Welcome Here


" I would rather wear flowers in my hair than diamonds around my neck "

We can chatting here





#12 - Cikgu dan Anak Murid -}
Saturday, 8 June 2013 | 01:07 | 0Comment


Cikgu dan Anak Murid ..

Pada suatu pagi di sekolah menengah , ada seorang pelajar yang bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar . Ketika itu , guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih sayang secara am . Dialog diantara pelajar dan guru tersebut sebegini :)

Pelajar : Cikgu , macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang ? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan ?


Cikgu : Oh . Awak nak tahu ke ? Baiklah , sekarang kamu buat apa yang cikgu suruh . Ikut je ye . Mungkin kamu akan dapat jawapan nya nanti .


Pelajar : Baiklah , apa yang saya harus buat ?


Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga . Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu , pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali . Dan kamu petiklah rumput yang paling cantik yang berada di depan kamu tersebut dan bawa ke kelas .


Pelajar : Okey . Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh . Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas , tiada rumput ditangannya . Maka cikgu pun bertanya .


Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik ?


Pelajar : Oh , tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ , saya carilah rumput yang paling cantik . Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi . Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik . Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula , jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya , itulah jawapannya . Maknanya , apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang , janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu . Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik - baiknya . Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku . Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang . Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu , kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut . Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi . KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi , maka barulah kita mulakan sekali lagi . Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas . Maka , bersyukurlah dengan kasih - sayang yang kau terima pada hari ini , kerana jika kau meninggalkannya , mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala . Sedarlah wahai insan , kasih sayang ALLAH itulah yang paling hakiki , jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya , maka kamulah serugi - rugi manusia . Hmm .

# Just untuk kita sama - sama berfikir dan menghargai ..