~ LIYANA ARASY ~

NLS HERE

Hai Welcome Here


" I would rather wear flowers in my hair than diamonds around my neck "

We can chatting here





#16 - Abang , Doakan Rumah Tangga Kita Sampai Syurga 1 -}
Friday, 14 June 2013 | 18:42 | 0Comment


Abang , doakan rumah tangga kita sampai syurga :')
( #1 )






Dia duduk menghadap laptop di hadapannya . Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen – ceramah bersama Dato Masyitah . Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu  solat .
Tiba-tiba , si dia bangun dan memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan .
“ Abang , maghrib dah nak masuk . Kita jemaah ya . ” Si dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap .
Tersentak sebenarnya . Mana pernah solat . Nak jadi imam ?
Huh ,lawak antarabangsa betul . Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini pun tak tahu lah . Salah abahlah ni , pandai - pandai nak tentukan jodoh orang . Cari yang stok tudung labuh pulak tu .
Okay , salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu siapa suruh . Okay , salah aku lagi , angkut entah mana - mana perempuan untuk hiburan . Okay , salah lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab pergi kelab dan balik mabuk . Okay , salah aku lagi , duit syarikat abah habis aku joli kan . Banyaknya salah aku .
Jadinya , abah kahwinkan aku dengan Siti Syahirah binti Haji Amran ni . Bukan itu je , abah hantar aku dengan dia duduk dekat Kepala Batas , Pulau Pinang ni . Itu okay lagi , abah ambil kereta sport aku – dan aku kena guna kereta isteri aku ni . Abah suruh aku uruskan syarikat dia dekat ceruk ni . Nak enjoy pun tak boleh , sebab ini Pulau Pinang bukan Kuala Lumpur . Enjoylah aku dengan laptop ni . Baru sehari duduk rumah ni , aku dah nak gila . Belum seminggu lagi . Kalau sebulan ? Huh .
“ Abang dengar tak ? ”. Macam cakap dengan laptop tu je .
“ Hm ,saya sembahyang dekat surau . ” Ek , macam mana ayat tu keluar . Huh , surau pun aku tak tahu dekat mana . Nak lari dari jadi imam sebenarnya .
“ Saya ikut . Jap saya siap . ” Si isteri telah pun hilang di pandangan mata .
Aiman tersentak . Aduh , dia nak ikut pulak . Laptop di matikan . Dia duduk di sofa sementara menanti si isteri bersiap . Fikiran ligat memikir dekat mana surau ?
“ Abang , dah siap . ” Aiman memandang isterinya yang lengkap bertudung labuh saiz 60 dengan t-shirt muslimah dan seluar track-suit . Cantik !
“ Abang..? ” Aiman tersedar .
“ Jom . ” Kunci kereta di atas meja di capai .
“ Saya bawa kereta awak , tak kisah ? ” tanya Aiman ragu - ragu .
Syahirah senyum . “ Harta saya harta abang juga . ”

**********


Aiman dah tak tentu arah . Syahirah yang dari tadi perhatikan itu macam nak ketawa . Rasanya asyik ulang - ulang je jalan ni .
Aiman hanya mengangguk . Dalam kereta – hanya dengar radio – hot fm refleksi .

“ Abang , surau belok kiri tu . ” Aiman hanya diam . Malu . Kereta di belokkan pada arah yang diberitahu isterinya . Mereka telah pun tiba di hadapan surau As - Syakirin . Aiman masih tidak mematikan enjin . Syahirah pun tidak keluar lagi dari kereta . Aiman melihat dirinya yang hanya ber-t-shirt dan seluar track-suit . Aduh , mana bawak kopiah ke ? Songkok ke ?

“ Err , Ira .. ” Syahirah menoleh . Mana ada orang pernah panggil dia Ira . Pertama kali dengar .

“ Ya ? ”

“ Okay ke saya pakai macam ni ? mana tahu kene halau ke nanti ? ” Syahirah senyum .

“ Jangan risau yang menilai itu Allah bukan manusia . Kalau niat kita kerana-NYA , insyaAllah . Pakaian abang ni dah okay dah ni . ” Aiman terdiam . Tak pernah sebelum ini dia bercakap dengan orang masuk bab - bab agama .

“ Jom . ” Ajak Syahirah . “ Hmm . ” Enjin kereta di matikan .

***************

.
Malam itu Aiman duduk di ruang tamu menonton televisyen . Teringat tadi imam itu bagi ceramah tentang solat .
Teringat pula diari isterinya yang dia jumpa tadi . Terbaca .
  – “ Saya nak suami yang soleh ! Ya Allah makbulkan doa hamba . ”
Aku tak adalah baik sangat . Kenapalah kau kahwin dengan aku . Kesian kau dapat aku jadi suami . Aku jahil agama ! Aku dah jauh terpesong ! Seperti ada suara yang datang dalam fikirannya ‘ tapi kau boleh berubah . Allah Maha Pengampun ! ’ Televisyen di hadapannya itu di pandang kosong .
Berubah ?
Teringat juga dia amaran abang iparnya . “Aku bagi amaran dekat kau , jangan sesekali berani angkat tangan kau ni dekat adik aku , lagi , jangan pernah kau buat dia menangis . ” Aiman hanya mendengar amaran keras Shahir sewaktu mereka berduaan di dalam kereta sebelum ke rumah mertuanya .
“..ingat ! aku dapat tahu hidup adik aku sengsara , hidup kau jugak sengsara ! Jangan kau buat perangai buruk kau tu . Aku dapat tahu . Aku terus pergi Kepala Batas tu . Kau faham tak ? ” Aiman hanya mengangguk. Huh , garang !
Syahirah memandang suaminya yang duduk di sofa itu . Dia senyum . Dia ke belakang Aiman dan menutup mata Aiman dengan tangannya .
“ Cuba teka ini siapa ? ” kata Syahirah dengan suara yang di buat - buat macam suara lelaki .
Aiman yang tengah berfikir itu terkejut tiba - tiba pandangannya gelap . Lama . Senyumnya terukir apabila mendengar suara Syahirah .
“ Hmmm , Tom Cruise .. ” main - main Aiman .
“ Salah ! Tom Cruise tak reti cakap melayu ! ” Aiman ketawa .
“ Hm , Haji Amran . ” Syahirah pula ketawa .
“ Salah ! Haji Amran dekat Johor . ”
“ Haa ! Tahu  .. tahu .. Syah ! ” Syahirah kerut dahi .
“ Syah mana ? ”
“ Syahirah . ” Aiman menarik tangan isterinya agar duduk di sebelahnya .
Cepat sungguh si Syahirah ni mesra . Ingat kan stok yang pendiam . Terkejut juga tiba - tiba si isteri ini nak beramah mesra tapi saudara - mara dia ada kata yang Syahirah ini jenis yang ceria dan dia pula jenis yang boleh je ‘ masuk ’ .
“ Abang buat apa ? ”
“ Tak ada apa - apa . Saya nak tanya awaklah ..”
“ Tanya apa ? ”
“ Er .. Kenapa awak terima lamaran abah untuk kahwin dengan saya ? ”
“ Sebab Allah . ”
Aiman diam sebentar .
“ Tak faham . ”
“ Saya buat solat istikharah . Minta petunjuk dari-Nya . ” Aiman senyap . Rasanya tak ada apa yang hendak di katakan lagi . Sebak tiba - tiba .
.
*********************
Seminggu berlalu ….
“ Abang , saya tak reti masak ” kata Syahirah yang tengah bercekak pinggang di dapur itu .
Terkejut juga Aiman . Nak makan apa kalau isterinya ini tak reti masak – hari-hari makan kedai bankruplah . Dah lah abah tak bagi duit banyak . Nak berkata sesuatu tetapi tak terluah sebab teringat ayat dalam diari isterinya .
- “ Lelaki bising perempuan tak reti masak ! Habis , kalau lelaki tak reti jadi imam itu ! ”
Walaupun ayat itu di tulis dalam diari dan bertarikh sebelum mereka bernikah lagi tetapi amat terkesan dalam hati Aiman .
“ Macam mana ni abang ? ” kata Syahirah sayu .
Aiman menggaru kepala . Tak tahu nak jawab apa.
“ Tak apalah , lepas ni kita sama - sama belajar masak . ”
“ Maaf ya abang ..”
Aiman senyum . “ Tak apa .” Aiman keluar dari dapur .
Syahirah rasa bersalah . Itulah ! Umi selalu suruh masuk dapur belajar masak . Buat malu je . Sedang Syahirah berfikir di bar dapur itu Aiman masuk dengan membawa laptop .
“ Abang nak buat apa bawa laptop ke dapur ? ”
“ Belajar masak guna internet . ” Aiman senyum dan mengangkat kening .
Syahirah senyum . “ Huish masin . ” Komen Syahirah .
Aiman mengambil gulai di hadapan isterinya itu . “ Abangkan yang masak ni . ” Kata Syahirah lagi . Aiman rasa dan ketawa .
“ Okay lah ni . Ha , awak punya sayur campur ni tawar ! Tak rasa apa - apa . ” komen Aiman pula .
“ Okay apa .. ”
“ Its okay . Gulai itu banyak garam , sayur awak tak rasa apa - apa. Campur je semua . Gulai sayur . ”
“ boleh ke macam itu ? ”
“ Boleh je . ”
“ Okay .. ”
“ Dah makan cepat . Nanti tak sempat nak siap pergi surau . ” Aiman langsung tak sedar apa yang dia cakap .
Ajak orang pergi surau ? Ajak isterinya ?
Huh , sejak bila jadi geng surau ni ? Syahirah senyum . Dah ada perubahanlah abah !
.
******************
“ Ustaz .” Panggil Aiman pada insan yang baru selesai mengimami solat Maghrib itu .
Ustaz itu menoleh . “ Ya ? ”
“ Saya nak … ”
“ Nak apa ? ”
Aiman malu untuk berkata . Tapi sedaya upaya dia cuba luahkan .
“ Anak nak apa ? ”
“ Saya nak belajar agama . ” Terluah juga .
Ustaz itu senyum .
“ Mari . ”
.
Selesai solat Isyak tadi Syahirah terus keluar dari surau . Lama dia menunggu Aiman di kereta .
Senyum terukir apabila melihat Aiman menghampiri bersama seorang lelaki separuh umur .
“ Ustaz kenalkan isteri saya . ” Aiman kenalkan Syahirah pada lelaki itu . Syahirah hanya senyum dan mengangguk .
“ Baguslah . Muda - muda kahwin sama - sama pergi surau . ” Aiman sentak . Walau apapun senyum paksa di beri .
“ Alhamdulillah ustaz , Allah beri suami yang soleh macam Aiman ni . ” kata - kata Syahirah membuatkan Aiman terdiam .
“ Alhamdulillah , semoga kalian berbahagia hingga ke syurga . ”
“ Terima kasih ustaz . ” Aiman bersuara . Ustaz itu menepuk bahu Aiman .
“ Baiklah , saya balik dulu . Assalammualaikum . ”
“ Waalaikumsalam . ” Jawab Syahirah dan Aiman serentak .
******************************
Aiman duduk di birai katil dengan mata memandang Syahirah yang tengah mengemas bajunya ke dalam bagasi .
“ Lamanya abang pergi .. ” Aiman tersedar .
“ Hmm , seminggu je . ”
Ya , dia kata dengan Syahirah ada urusan kerja sebenarnya dia mahu ke pondok agama untuk belajar agama dengan ustaz yang dia jumpa sewaktu di surau kelmarin .
Rasanya dia perlu berubah . Sampai bila dia nak mengelak untuk menjadi imam dalam keluarganya . Sampai bila dia nak terus jahil . Sampai bila dia nak membiarkan isterinya keseorangan tanpa bimbingan seorang suami . Sampai bila dia nak terus hipokrik mengikut Syahirah ke surau tetapi tak tahu apa - apa . Sudah tiba waktunya dia berubah !
“ Seminggu tu lama tau .. ” lirih Syahirah .
“ Pejam celik - pejam celik sekejap je tu .. ”
“ Kalau pejam tak celik - celik ? ” tersentak Aiman apabila mendengar ucapan isterinya itu . Sudah , rasa berat pula dia nak tinggalkan si Syahirah ni . Aiman memandang Syahirah .
“ Apa awak cakap ni .. ” lembut dan ada nada risau di situ .
Syahirah ketawa halus . “ Gurau je lah . Abang ni cepat betul sentap . ”
Aiman diam . “Takyah lah kemas beriya - iya . Nanti yang lain saya kemas . ”
Isterinya tarik muncung . “ Tak mau lah , nanti kurang pahala . ”

*********************************
Bersambung .. ( AKULAH PENGHIBUR )
- esok 16 ..